KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

  Semakin hari, cabaran teknologi maklumat memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan. Oleh itu, penggunaan komputer di kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam termasuklah kanak¬kanak, remaja, golongan dewasa, dan golongan tua amat penting. Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat, menganalisis maklumat, dan mengeluarkannya apabila diperlukan.Komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Kanak-kanak perlu mahir menggunakan komputer sejak kecil lagi agar mereka dapat membudayakan ilmu teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Kempen kerajaan 'Satu Rumah, Satu Komputer' memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran mereka.Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh kanak-kanak ataupun murid sekolah amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat melayari internet untuk memperoleh bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini menyebabkan mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran mereka lantaran adanya kemudahan sumber maklumat daripada komputer.

   Kanak-kanak juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan komputer sambil berhibur. Malahan mereka dapat melukis gambar dengan menggunakan komputer sekali gus meningkatkan minat kanak-kanak terhadap perisian komputer. Namun, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka semasa menggunakan komputer khususnya semasa penggunaan internet agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.Di sampin itu terdapat juga keburukan dalam penggunaan internet,iaitu

  Penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat.

   Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini.

   
      Kesimpulannya, kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, dan mudah. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer.

No comments:

Post a Comment