MOTIVASI ATAU CADANGAN PERJALANAN HARIAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR DI ASRAMA


        Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama semua pelajar.Ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program pembelajaran asrama dengan kecemerlangan pelajar asrama harian.Kewujudan sekolah bukan sahaja tempat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi untuk menanamkan nilai murni, mengekalkan peraturan masyarakat, menanamkan sikap dan pemikiran yang positif sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negara. Sekolah sepatutnya mengadakan satu keadaan alam sekeliling yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang 
dikehendaki pada tingkah laku pelajar seperti mengadakan bidang pembelajaran yang baik di mana tidak dapat dihasilkan dengan mudah. Oleh itu untuk mendukung hasrat ini, asrama-asrama telah dibina untuk memberi tujuan kemudahan tempat tinggal bagi pelajar yang berdekatan ataupun bagi pelajar yang jauh terutamanya mereka yang datang dari keluarga yang pendapatan rendah dan sederhana.

      Pelajar-pelajar asrama banyak menikmati kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal yang selesa, ruangan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan beriadah yang lengkap. Pelbagai pembudayaan asrama diterapkan kepada setiap pelajar bagi melahirkan individu yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan dengan bantuan para guru dan warden asrama. Program-program peningkatan seperti ceramah-ceramah keagamaan dan kursus-kursus motivasi turut dijalankan di asrama dari masa ke semasa. Dengan ini pelajar seharusnya menggunakan peluang tinggal di asrama dengan semaksimum mungkin dalam mencapai wawasan kecemerlangan akademik mereka kelak. 

       
        Oleh itu,kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang menghuni asrama di sekolah berasrama penuh memang tidak perlu disangkal lagi kerana pelajar-pelajar di situ memang terdiri dari mereka yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga melayakkan mereka menetap di situ. Namun pelajar-pelajar yang menetap di sekolah asrama harian juga mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik mereka walaupun mereka bukanlah terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang sebelum memasuki asrama. Kajian ini dilakukan bagi menfokuskan tentang faktor penyumbang utama kecemerlangan pelajar-pelajar asrama sekolah harian biasa. Secara dasarnya terdapat beberapa faktor yang dikesan mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar antaranya ialah faktor sikap pelajar, motivasi, rakan sebaya dan program pembelajaran asrama. 


Sumber :http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NUREMELIARAWANAP050229D2009TTP.pdf

No comments:

Post a Comment